Friday, April 8, 2011

nasyid pilihan hari ini (^_^)

Tip atasi Morning Rush !!

  1. Bangun dengan tenang di pagi hari dan bukannya terkejut.. Ini disebabkan bangun secara tiba-tiba mampu membuatkan kita rasa pening kepala. Seelok-eloknya kunci jam dengan nada lagu waktu berbunyi dan bukannya bunyi 'kringggggg'... Cara ini akan membantu kita bangun tidur dengan lebih tenang .
  2. Don't forget to take your breakfast everyday. Luangkan masa untuk breakfast walaupun sekadar sebiji buah atau 2 keping roti. Jika tidak, anda lebih cenderung menjadi lapar sekitar pukul 11 pagi.
  3. Digalakkan makan makanan yang segar seperti buah atau jus. Bukan sahaja dapat menyegarkan badan tetapi minda kita juga akan lebih tenang dan cergas.
  4. Sebelum masuk tidur make sure sediakan baju yang ingin dipakai pada keesokan harinya. So tak la rush sangat kalau bangun lewat =)
  5. Gigi !!! Selewat mana pun kita bangun jangan lupa gosok gigi...Penting sangat tu.. Mulakan hari dengan senyuman ceria dan bernafas segar
  6. Air suam banyk faedahnya. Minumlah segelas air suam sebaik sahaja bangun tidur kerana kebanyakan orang akan mudah dehidrasi di pagi hari, tambahan pula sudah 8 jam tubuh tidak mendapat air.
  7. Disiplinkan diri agar bangun awal setiap hari supaya tidak kelam-kabut untuk bersiap.
  8. Macam mana lewat sekalipun ada bangun, please jangan skip rutin mandi anda!! Mandi bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh malah baik dalam melancarkan pengaliran darah especially kalau mandi dari 'hot shower'
  9. Ramai rakyat Malaysia yang gemar minum kopi sebagai sarapan. Katanya sebagai penambah tenaga. anda boleh menikmatinya tetapi hadkan kepada secawan sahaja dan jangan lupa minum air suam selepas itu kerana kandungan kafein didalam kopi juga mampu menyerap cecair dalam tubuh.
  10. Sentiasa gantung kunci pintu berhampiran dengan pintu..Tapi jangan la gantung kat tepi sangat sampai orang kat luar pun boleh capai kunci tu =)
  11. Mulakan hari dengan regangan ringkas. Banyakkan gerakan kerana ia baik utk otot dan sendi yang sudah 'berehat' selama anda tidur semalaman.
  12. Latih diri untuk buat senarai perkara yang perlu anda lakukan keesokan hari. Memilih untuk hanya mengingati bukanlah cara terbaik especially jika anda mempunyai jadual yang padat.
  13. Waktu pagi adalah waktu paling indah. Jadi hadiahkan senyuman kepada semua orang yang ditemui suapaya mood anda tidak rosak.
  14. Jauhkan diri daripada politik pejabat..Fokus kepada kerjaya atau pelajaran, pasti kerja anda akan berjalan dengan lancar seperti apa yang ditetapkan.