http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Friday, January 20, 2012

lain tubuh lain perangai


William Sheldon mengetengahkan pendekatan fisiologi moden bagi mengenal pasti cirri-ciri seseorang berdasarkan tubuh badan. Pengkajian ini dilakukan dengan mengambil gambar para pelajar perempuan dan lelaki dari university-universiti sekitar Ivy League pada tahun 1930 hingga 1940-an.

Melalui gambar itu dan siri temu bual dengan pelajar yang terlibat, Sheldon mengkategorikan bentuk tubuh badan yang menggambarkan personality yang berbeza.

Kategori Ectomorph
·         Individu yang mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil.
·         Gemar melakukan aktiviti secara bersendirian, mengasingkan diri, berfikir serta cenderung kepada sikap introvert ( tidak terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai)

Kategori Mesomorph
·         Individu yang mempunyai saiz tubuh yang sedikit sasa dan berotot serta tegap.
·         Individu dalam kategori ini lebih tegas dan jelas dalam sesuatu tindakan.

Kategori Endormorph
·         Individu kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh gempal dan berisi.
·         Mereka gemar bercampur-gaul, kecenderungan perasaan yang tinggi dan mudah didekati.


Sunday, January 15, 2012

dalam satu minit..

   1.       Dalam satu minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-Fatihah
Dikisahkan suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah singgahsana Allah SWT. Baginda juga telah melihat lembaran lain yang terbuat daripada zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat surah Al-Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah SAW melihat seluruh isi al-Quran. Baginda lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca surah pembuka itu?” Jibril As menjawab, “ tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu syurga akan dibuka baginya.”

2.       Dalam satu minit anda boleh membaca 20 kali surah al-Ikhlas
Rasulullah SAW bertanya lagi, “apa ganjaran bagi mereka yang membaca surah al-Ikhlas?” Jibril As menjawab, “para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut di dalam al-Quran: sungai air Kristal murni, sungai susu, sungai anggur, dan sungai madu.”

3.       Dalam masa seminit anda boleh menyebut kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (tiada tuhan melainkan Allah) sebanyak 50 kali

4.       Dalam masa satu minit boleh memohon keampunan dari Allah SWT dengan menyebut Astaghfirullah Al-Azim 100 kali

5.       Dalam masa satu minit boleh menyebut kalimah “Alhamdulillah” ( bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6.       Dalam masa satu minit kita mampu menyebut Subhana Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa la ilah ill-Allah, wa Allahu akbar sebanyak 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang kita dapat lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai. Sesungguhnya Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah Nya walaupun dalam satu minit kita mengingati Nya. J
Reference: in an Islamic diary…