Thursday, October 27, 2011

i miss you ~~


Assalamualaikum w.b.t

Kali ini I nak story morry  sesuanthing (bak kata member I yang sangat sengal..sesuanthing means something) about my best friends. I have around 14 best friends. 8 dekat Terengganu and the rest of course dekat tempat I study, UiTM penang. Kali ini I just nak ceritakan about my best friends at my hometown which is Terengganu.

I miss them a lot! tiada perkataan lain yang sesuai untuk diungkapkan selain daripada I MISS THEM! Mereka terdiri daripada azah, yaya, mina, nisa, nisah, pipah, nazirah and basyirah... I kenal yaya, mina, pipah and basyirah since I was in primary school. Manakala nisa, nisah and azah pula I kenal masa kami form 3.  We had a great time as teenagers! kami punya certain date untuk raikan hari group kami iaitu pada 11/11.. Here we have some memorable pictures…




hari graduasi SMKA Wataniah


all of us...


kepala sama jer..hahhaa..tu menunjukkan kami sehati sejiwa.. ~ sambutan raya masa form5~


hari gemerlapan ~hari untuk aspuri sahaja~ no boys okey !


malam kebudayaan ~perkhemahan taekwondo~


sambutan raya masa form 4


hang out with yaya and basyirah at kota baru,kelantan ..


Tetapi sekarang bila dah semua ada tanggungjawab masing-masing, I mean tanggungjawab untuk study, semua dah semakin busy. Ada diantara kami yang sambung pelajaran untuk buat diploma, ada yang sedang buat degree, and ada yang sedang struggle untuk dapatkan result yang terbaik untuk STPM nanti. So bila yang buat diploma ni cuti, tak semestinya yang buat degree and yang form 6 tu cuti. So kami dah jarang jumpa. And sangat susah untuk hang out sekarang.

To my beloved friends, I miss all of u. ingat tak janji kita? Kita nak tengok siapa yang kahwin dulu right? And the most funny part is idea nisah nak bagi hadiah apa bila salah seorang antara kita kahwin dulu..hahaha.. I miss you my friends...We’re just like siblings.. <3

Saturday, October 22, 2011

Bahana Arak....



Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini terdetik di hati untuk berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa ini tentang arak. Arak sinonim dengan alcohol atau minuman keras yang selalunya diminum untuk tujuan hiburan atau meningkat mood seseorang. Jika kita lihat dalam television, apabila seseorang ditimpa kesusahan atau berada dalam keadaan stress, mereka akan pergi ke kelab- kelab malam dan minum sebanyak yang mungkin minuman najis itu dengan harapan mereka dapat melupakan segala masalah mereka. Cara pemikiran golongan ini adalah sama sekali salah kerana arak boleh mendatangkan mudarat kepada diri mereka mahupun orang sekeliling.

Dalam agama Islam, Allah sangat melarang ummat Islam meminum arak kerana arak memungkinkan seseorang bertindak di luar jangkaan. Selain daripada agama Islam juga, agama-agama lain juga melarang penganut mereka meminum arak . sebagai contoh, agama Kristian melarang keras penganutnya mengambil minuman beralkohol ini seperti yang tertulis dalam Bible:

 "Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu."(Ephesians, 5:8)





Terdapat beberapa kesan yang merbahaya kepada si peminum minuman keras ini. Fungsi system saraf pusat si peminum tegar ini akan menjadi lebih perlahan bahkan akan mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan dan pendengaran seseorang. 
Terdapat satu kisah yang I nak share kepada pembaca tentang seorang pemuda kuat beribadat kepada Allah dan seorang perempuan pelacur. Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah SAW, seorang pemuda yang terkenal dengan ibadatnya sangat kuat terhadap Penciptanya telah difitnah oleh seorang pelacur yang telah jatuh hati kepadanya.
Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk kedalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu.
Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata:
"Aku memberimu tiga pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."
Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pililhan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ialah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.
Akhirnya ia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu. Kisah diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam kitab al-Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.

Jadi, terbuktilah bahawa arak membawa kesan yang sangat merbahaya terhadap peminum dan orang disekelilingnya. Pemuda tersebut telah melakukan tiga kesalahan yang merupakan tergolong dalam golongan dosa- dosa besar.