Friday, January 20, 2012

lain tubuh lain perangai


William Sheldon mengetengahkan pendekatan fisiologi moden bagi mengenal pasti cirri-ciri seseorang berdasarkan tubuh badan. Pengkajian ini dilakukan dengan mengambil gambar para pelajar perempuan dan lelaki dari university-universiti sekitar Ivy League pada tahun 1930 hingga 1940-an.

Melalui gambar itu dan siri temu bual dengan pelajar yang terlibat, Sheldon mengkategorikan bentuk tubuh badan yang menggambarkan personality yang berbeza.

Kategori Ectomorph
·         Individu yang mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil.
·         Gemar melakukan aktiviti secara bersendirian, mengasingkan diri, berfikir serta cenderung kepada sikap introvert ( tidak terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai)

Kategori Mesomorph
·         Individu yang mempunyai saiz tubuh yang sedikit sasa dan berotot serta tegap.
·         Individu dalam kategori ini lebih tegas dan jelas dalam sesuatu tindakan.

Kategori Endormorph
·         Individu kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh gempal dan berisi.
·         Mereka gemar bercampur-gaul, kecenderungan perasaan yang tinggi dan mudah didekati.


Sunday, January 15, 2012

dalam satu minit..

   1.       Dalam satu minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-Fatihah
Dikisahkan suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah singgahsana Allah SWT. Baginda juga telah melihat lembaran lain yang terbuat daripada zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat surah Al-Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah SAW melihat seluruh isi al-Quran. Baginda lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca surah pembuka itu?” Jibril As menjawab, “ tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu syurga akan dibuka baginya.”

2.       Dalam satu minit anda boleh membaca 20 kali surah al-Ikhlas
Rasulullah SAW bertanya lagi, “apa ganjaran bagi mereka yang membaca surah al-Ikhlas?” Jibril As menjawab, “para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut di dalam al-Quran: sungai air Kristal murni, sungai susu, sungai anggur, dan sungai madu.”

3.       Dalam masa seminit anda boleh menyebut kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (tiada tuhan melainkan Allah) sebanyak 50 kali

4.       Dalam masa satu minit boleh memohon keampunan dari Allah SWT dengan menyebut Astaghfirullah Al-Azim 100 kali

5.       Dalam masa satu minit boleh menyebut kalimah “Alhamdulillah” ( bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6.       Dalam masa satu minit kita mampu menyebut Subhana Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa la ilah ill-Allah, wa Allahu akbar sebanyak 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang kita dapat lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai. Sesungguhnya Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah Nya walaupun dalam satu minit kita mengingati Nya. J
Reference: in an Islamic diary…



Friday, December 30, 2011

NASIHAT UNTUK KAUM HAWA


  • Untuk membentuk bibir yang menawan , ucap perkataan yang baik

  • Untuk mendapatkan mata yang indah , carilah setiap kebaikan pada setiap orang yang anda temui

  • Untuk mendapat tubuh badan yang langsing, kongsilah makanan dengan orang yang lapar

  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil menyisirnya dengan jemarinya pada setiap hari

  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan berjalan sendirian

Thursday, November 17, 2011

RAHSIA AYAT QURSI


Assalamualaikum w.b.t


Hello everyone. I ada terbaca tentang rahsia mengamalkan ayat qursi. Let us read it and make it as our routine.

1) baca pada saat keluar rumah 
    7000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) baca saat masuk rumah
    kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu

3) baca setelah berwudhu
    darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) baca pada saat tidur
    malaikat akan menjagamu sepanjang malam

5) baca setelah solat
    maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian

Subhanallah. Begitu banyak sekali kebaikan jika kita amalkan membaca ayt qursi ini. Jadi sebagai seorang umat Islam yang mendambakan syurga sebagai balasan pada hari akhirat nanti, digalakkan untuk mengamalkan bacaan ini dalam hidup. J

Tuesday, November 15, 2011

Kasih seorang abah


Assalamualaikum w.b.t

Sometimes kita terlupa akan kewujudan abah. Mostly children more prefer to talk or do anything with their mother. Mereka rasakan mak lebih sensitif terhadap anak-anak compared to abah. The fact is true. Perasaan mak lebih cenderung kepada perkataan seperti nasihat. Tetapi pernahkah kita tahu bahawa kasih seorang abah boleh kita lihat dengan perlakuannya?

Memang betul bila kita balik sekolah, mak yang masakkan masakan favourite kita. Tetapi adakah kita tahu bahawa abah yang mengingatkan mak untuk masak masakan yang kita suka?

Pada musim perayaan, golongan ibu paling semangat untuk menyediakan semua kelengkapan raya untuk anak-anak mereka seperti baju raya, kasut raya dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah kita tahu daripada mana mak dapat duit untuk membelanjakan semua itu? The answer is from ‘abah’.

Apabila anak-anak telah meninggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu, setiap minggu mak akan call dan bertanya khabar. Bagaimana belajar? Bagaimana kehidupan disana? Dan sebenarnya si ‘abah’ yang mengingatkan mak untuk bertanya khabar tentang kita.

Marah seorang abah kepada anaknya tak kan bertahan lama. Sebesar mana pun salah seseorang anak itu, tidak mungkin abah akan membenci anaknya. Mungkin perilakunya membuat kita rasa abah membenci kita, tetapi sebenarnya kasih seorang abah tiada penghujungnya. This is what we call the sacrifice of a father.

p/s : hargailah kasih sayang ibu bapa sebelum mereka meninggalkan untuk selama-lamanya …


Friday, November 4, 2011

TOP 3 LISTS OF RICHEST PEOPLE IN MALAYSIA


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini, I nak share sedikit tentang info senarai orang yang terkaya di negara kita yang tercinta ini iaitu Malaysia. Actually kita ada 40 orang yang disenaraikan sebagai orang terkaya di Malaysia but I just want to share with you about top 3 of the richest people in Malaysia. Let’s have a look!

1.      Robet Kuok - mengikut sumber yang telah I kaji, beliau dianggarkan mempunyai asset sebanyak RM50.04 billion. He has a business that is privately held by him or his family. Syarikatnya juga telah banyak melabur di luar Negara terutama di Asia. Beliau menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti perladangan tebu (Plantation Perlis Sdn Bhd), kilang penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan.




2.      T. Ananda Krishnan – beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan dermawan yang berasal dari Tamil. Beliau memiliki perniagaan di media (Astro), satelit (MEASAT), minyak dan gas (Bumi Armada) dan telekomunikasi (Maxis, Aircel). Hasil daripada perniagaannya, beliau telah dianggarkan memiliki RM45.78 billion. Syabas kepada beliau . J



3.     Tan Sri The Hong Piow – beliau merupakan pengerusi salah sebuah bank yang terkemuka di Negara kita iaitu Public Bank. Setakat ini beliau mempunyai RM 12.77 billion sebagai assetnya


.

Jika diperhatikan senarai pertama hingga ketiga disandang oleh orang non-muslim. Sungguh rasa terkilan bila saya membuat kajian tentang ini kerana orang melayu jauh ketinggalan iaitu ditangga ketujuh. Beliau merupakan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mempunyai asset yang bernilai RM 8.84 billion.






Tuesday, November 1, 2011

Braces? Dibenarkan dalam islam ke?


Assalamualaikum w.b.t….

Tiba –tiba I teringat semasa semester 2 I diberi tugasan dalam subjek agama. I diberi tajuk tentang hukum pembedahan plastik mengikut perspektif Islam. So semasa presentation itu, my classmate ada bertanya tentang hukum menggunakan braces. So untuk entry kali ini I decided nak share serba sedikit tentang pendakap gigi atau pun lebih dikenali sebagai braces. How do braces function? Braces are actually serving the purposes of straightening teeth. Here I have a picture about braces. So jom tengok !







Rasulullah S.A.W bersabda:
        
Maksudnya : “Allah melaknat wanita yang membuat tatu dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut alis, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan.”
Meluaskan jarak diantara gigi disini bermaksud mengubah sesuatu atau melakukan sesuatu pada gigi supaya ia kelihatan lebih menarik dan cantik. Ini menunjukkan bahawa HARAM jika seseorang itu melakukan perkara itu atas tujuan dan niat untuk kecantikan.

Walau bagaimana pon, jika seseorang itu melakukan perkara demikian dengan tujuan bagi merawat masalah giginya maka itu tidak ada salahnya. Yakin dan ingatlah bahawa Allah S.W.T mengetahui apa yang terkandung di dalam fikiran manusia.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, braces digunakan untuk membetulkan kembali kedudukan gigi seseorang dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan dalam hadis di atas.Menurut sekumpulan mufti Islam online, mereka berpendapat bahawa selama pendakap gigi itu berfungsi sebagai membaiki sesuatu, maka ia di benarkan. –“as long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”

So that's all for today. i harap entry kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang keliru tentang hukum memakai braces.. :)