1.
Dalam satu minit anda boleh membaca 7 kali surah
Al-Fatihah
Dikisahkan suatu ketika Rasulullah SAW
melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang
berada di bawah singgahsana Allah SWT. Baginda juga telah melihat lembaran lain
yang terbuat daripada zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat surah
Al-Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua,
Rasulullah SAW melihat seluruh isi al-Quran. Baginda lalu bertanya kepada
Malaikat Jibril As, “wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca surah
pembuka itu?” Jibril As menjawab, “ tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan
tujuh pintu syurga akan dibuka baginya.”
2.
Dalam satu minit anda boleh membaca 20 kali
surah al-Ikhlas
Rasulullah SAW bertanya lagi, “apa ganjaran
bagi mereka yang membaca surah al-Ikhlas?” Jibril As menjawab, “para malaikat
akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut di dalam
al-Quran: sungai air Kristal murni, sungai susu, sungai anggur, dan sungai
madu.”
3.
Dalam masa seminit anda boleh menyebut kalimah “Laa
ilaaha ill-Allah” (tiada tuhan melainkan Allah) sebanyak 50 kali
4.
Dalam masa satu minit boleh memohon keampunan
dari Allah SWT dengan menyebut Astaghfirullah Al-Azim 100 kali
5.
Dalam masa satu minit boleh menyebut kalimah “Alhamdulillah”
( bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali
6.
Dalam masa satu minit kita mampu menyebut
Subhana Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa la ilah ill-Allah, wa Allahu akbar
sebanyak 18 kali
Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang kita dapat
lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk
menunggu rakan yang belum sampai. Sesungguhnya Allah sentiasa memberi petunjuk
dan hidayah Nya walaupun dalam satu minit kita mengingati Nya. J
Reference: in an Islamic diary…
No comments:
Post a Comment