William Sheldon mengetengahkan pendekatan fisiologi moden
bagi mengenal pasti cirri-ciri seseorang berdasarkan tubuh badan. Pengkajian
ini dilakukan dengan mengambil gambar para pelajar perempuan dan lelaki dari
university-universiti sekitar Ivy League pada tahun 1930 hingga 1940-an.
Melalui gambar itu dan siri temu bual dengan pelajar yang
terlibat, Sheldon mengkategorikan bentuk tubuh badan yang menggambarkan
personality yang berbeza.
Kategori Ectomorph
·
Individu yang mempunyai saiz tubuh yang kurus
dan kecil.
·
Gemar melakukan aktiviti secara bersendirian,
mengasingkan diri, berfikir serta cenderung kepada sikap introvert ( tidak
terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai)
Kategori Mesomorph
·
Individu yang mempunyai saiz tubuh yang sedikit
sasa dan berotot serta tegap.
·
Individu dalam kategori ini lebih tegas dan
jelas dalam sesuatu tindakan.
Kategori Endormorph
·
Individu kategori ini dikenal pasti mempunyai
saiz tubuh gempal dan berisi.
·
Mereka gemar bercampur-gaul, kecenderungan
perasaan yang tinggi dan mudah didekati.
No comments:
Post a Comment