Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ini terdetik di hati untuk berkongsi
sedikit ilmu yang tidak seberapa ini tentang arak. Arak sinonim dengan alcohol
atau minuman keras yang selalunya diminum untuk tujuan hiburan atau meningkat
mood seseorang. Jika kita lihat dalam television, apabila seseorang ditimpa
kesusahan atau berada dalam keadaan stress, mereka akan pergi ke kelab- kelab
malam dan minum sebanyak yang mungkin minuman najis itu dengan harapan mereka
dapat melupakan segala masalah mereka. Cara pemikiran golongan ini adalah sama
sekali salah kerana arak boleh mendatangkan mudarat kepada diri mereka mahupun
orang sekeliling.
Dalam agama Islam, Allah sangat melarang ummat Islam
meminum arak kerana arak memungkinkan seseorang bertindak di luar jangkaan.
Selain daripada agama Islam juga, agama-agama lain juga melarang penganut
mereka meminum arak . sebagai contoh, agama Kristian melarang keras penganutnya
mengambil minuman beralkohol ini seperti yang tertulis dalam Bible:
"Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu
akan merosakkan hidup kamu."(Ephesians, 5:8)
Terdapat beberapa kesan yang merbahaya kepada si
peminum minuman keras ini. Fungsi system saraf pusat si peminum tegar ini akan
menjadi lebih perlahan bahkan akan mengubah persepsi, emosi, pergerakan,
penglihatan dan pendengaran seseorang.
Terdapat satu kisah yang I nak share kepada pembaca
tentang seorang pemuda kuat beribadat kepada Allah dan seorang perempuan
pelacur. Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah SAW,
seorang pemuda yang terkenal dengan ibadatnya sangat kuat terhadap Penciptanya
telah difitnah oleh seorang pelacur yang telah jatuh hati kepadanya.
Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput
pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila
pemuda tersebut masuk kedalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu.
Di dalam rumah tersebut
ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata:
"Aku memberimu tiga
pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya
kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah
memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."
Melihat kesungguhan
pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah
satu pililhan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ialah dosa yang
paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum
arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.
Akhirnya
ia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina dengan pelacur
yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak
membunuh bayi itu. Kisah diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam kitab
al-Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.
Jadi, terbuktilah bahawa arak membawa kesan yang
sangat merbahaya terhadap peminum dan orang disekelilingnya. Pemuda tersebut
telah melakukan tiga kesalahan yang merupakan tergolong dalam golongan dosa-
dosa besar.